PENTINGNYA FIRST AIDER DI RUMAH KETIKA ANAK DEMAM

Assalamualaikum w.b.t.. Salam hujung minggu.. =)

Sekarang memang musim anak-anak tak sihat kan? Orang dewasa pun apa kurangnya. Entry kali ni Kakmuja nak share sedikit tips yang Kakmuja apply sendiri setiap kali anak-anak demam.

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA PETUA ORANG LAMA

1. Jerlum

Incase suhu badan anak mula panas, jerlum kepala dan badan anak dengan kain basah. Jangan lupa celah ketiak dan celah betis jugak. Kalau anak tak suka dijerlum, boleh isi air dalam bekas spray dan spray kepala anak untuk kurangkan suhu. Lakukan beberapa kali sehingga suhu badan betul-betul turun.

2. Kerap mandi

Mandikan anak dengan air suam dicampur dengan beberapa biji lemon. Ia sangat bagus untuk kurangkan masalah hidung tersumbat.

3. Kunyit hidup

Potong setengah inci dan kupas kulit di hujungnya. Kemudian lalukan di permukaan luar batu lesung sehingga ia berair. Dan sapu di batang hidung anak dari bawah ke atas hingga ke dahi. Lakukan 2 3 kali sehari.

4. Halia

Kerat setengah inci dan ketuk manja. Dekatkan dengan hidung anak semasa anak sedang tidur. 

5. Bawang merah

Ambil 2biji bawang merah dan kerat 2. Kemudian letak bawang yang dikerat tadi di 4 penjuru bilik semasa tidur malam. Ia berfungsi untuk menyerap segala kuman yang ada di sekeliling.

6. Bawang putih

Bakar 2 ulas bawang putih atas dapur gas sehingga hangit sedikit. Tumbuk manja dan campur dengan minyak masak. Sapu sedikit di dada, belakang badan dan tapak kaki anak sambil berselawat. 

7. Bantuan Suplemen 

Setiap kali anak tak sihat, Kakmuja akan upkan dose Vita.c kepada 4-6biji untuk tingkatkan imun ibu dan anak yang menyusu. Omega pula Kakmuja up dose kepada 3 biji untuk bantu kurangkan batuk berkahak anak dari dalam. 

Anak-anak atas setahun boleh diberi Omega sebiji sehari atau cucuk kapsul Omega dan masukkan ke dalam sup. Beri anak makan 3 kali sehari dengan sup tadi.

Untuk pengetahuan semua, suplemen yang dimaksudkan adalah suplemen dari Shaklee. Iaitu Vita.c Plus dan Omega Guard. Ia sangat-sangat membantu Kakmuja incase anak-anak diserang demam batuk dan selesema.

Alhamdulillah.. Memang nampak perbezaan sebelum dan selepas Kakmuja support dengan bantuan suplemen. 

Kalau dulu anak-anak demam paling cepat makan masa seminggu untuk recover. Tetapi sekarang, asbab petua orang lama dan bantuan suplemen organik, anak-anak cepat recover dari demam. Paling cepat sehari! Amazing kan?! =)

Nak cepat nampak kesan apa-apa pun harus usaha bantu luar dan dalam untuk hasil terbaik.

Di rumah memang dah lama tak pernah simpan ubat dari klinik atau pun hospital. Dan harapnya itu lah kali terakhir anak sulung kena warded masa umur dia 3tahun. Huhuu

Now hanya standby FIRST AIDER dan nak rawat dari rumah sahaja. Incase anak-anak demam berlarutan, baru refer pada yang pakar. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati. =)

Khas buat customer yang purchase melalui Kakmuja, Kakmuja akan consult dan guide cara mengamalkan suplemen Shaklee dengan betul.

Ok.. Sekian sahaja sharing dari Kakmuja. Semoga bermanfaat ye. Jumpa di lain entry. :)

Salam sayang,
Kakmuja



Muja Shaklee
Your Most Wanted Shaklee
Independent Dist.

Whatsapp: 019-3258527
Fb: Muja Mukri
Ig: muja_beautyhealth
Blog: mujamukri.blogspot.com
Share this article:

No comments:

Post a Comment