5 PETUA MUDAH BERSALIN!

Assalamualaikum w.b.t. Semoga pembaca semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik-baik. =)

Sebut je pasal BERSALIN, mesti semua ibu-ibu akan mula nervous kan! Sama jugak macam diri Kakmuja sendiri. Walaupun nak bersalin anak ke berapa sekalipun nervous tu tetap sama. Tapi tetap jugak nak mengandung! Pelik makhluk yang bernama wanita ni kan! Hahaa Itulah uniknya kita kaum hawa. Allah dah cipta kita sebaiknya. Alhamdulillah.. ;)

So.. Entry kali ni Kakmuja nak share sedikit tentang;



PETUA MUDAH BERSALIN

1. Banyakkan berjalan

Banyak berjalan adalah tips yang sangat-sangat bagus. Lagi banyak berjalan, lagi cepat kepala baby turun untuk luaskan lagi 'laluan keluar'. Cuba carik ruang untuk berjalan contohnya di koridor hospital. Set berjalan untuk setiap setengah jam. Tips ni Kakmuja apply untuk kedua-dua anak. Ternyata memang tak pernah berhari-hari di hospital. Pagi masuk, malam dah bersalin. =)

2. Minum banyak air

Ada orang minum air selusuh. Ada orang minum air Yassin. Kakmuja sendiri memang jenis kuat minum air bergelen-gelen! Lepas penat berjalan, balik ke katil untuk minum air sebanyaknya. Ada orang cakap banyak minum air nanti banyak kencing. Its ok. Itu menunjukkan kepala baby sudah hampir ke bawah. Nak kencing jangan tahan-tahan tau. :)

3. Baca zikir Nabi Yunus a.s

Cuba baca zikir ini sebanyaknya diselangi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan surah-surah lazim. Mintak Allah bantu kita dipermudahkan urusan nak bersalin dan mintak keselamatan ibu dan anak dalam kandungan. In shaa Allah..

Doa Nabi Yunus a.s

4. Aktiviti lain

- Posisi bersujud
- Mencangkung
- Jalan itik
- Baring mengiring ke kiri
- Kerap 'bersama' dengan suami di minggu-minggu terakhir

5. Minta maaf pada Suami 

Kita adalah pendosa. Selalulah latih diri kita untuk hari-hari minta maaf pada suami. Lagi-lagi kita nak bersalin ni kan. Minta suami doakan kita mudah bersalin dan selamat. Jangan lupa mintak maaf pada Mak Ayah dan kawan-kawan jugak tau! :)


Gambar masa mengandung anak pertama.. =)


Masa mengandung anak kedua.. =)

Ok sekian sahaja Entry Kakmuja kali ini. Semoga bermanfaat ye. Kepada yang menunggu hari nak bersalin, Kakmuja doakan semuanya selamat dan dipermudahkan hendaknya. Jumpa di lain entry ye. ;)

Salam Sayang,
Kakmuja.

Siapa-siapa yang nak dapatkan suplemen Shaklee dan konsultansi terbaik, boleh hubungi Kakmuja di no. whatsapp di bawah ye.. 



Muja Mukri
Your Most Wanted Shaklee
Independent Dist.
#MujaShaklee

Whatsapp: 019-3258527
Ig: muja_beautyhealth
Blog: mujamukri.blogspot.com












Share this article:

No comments:

Post a Comment