Siapa Saya?

Assalamualaikum w.b.t.. 

Kakmuja doakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Aamiin..

SIAPA MUJA MUKRI SEBENARNYA?

Ok meh kita berkenalan duluan ya. Hehee Nama sebenar, Muzayyanah binti Mukri. Umur 30tahun. Sudah berumahtangga dengan lelaki kacak yang bernama Abd. Razak bin Harun dan dikurniakan 2 orang anak lelaki yang sangat hensem dan sangat baik di dunia! Alhamdulillah.. 😍

Asal dari Ampang, KL dan bersekolah di SMK Hulu Kelang. Dulu Kakmuja tinggal dan bekerja di KL dan sekarang baru sahaja menetap di Sabak Bernam dengan keluarga kecil Kakmuja..

Pernah ada Diploma in Civil Engineering dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang indah dan permai. Hehee Punya la study kat Sabak Bernam sampai husband pun dapat orang Sabak Bernam tau! 😂 Kalau dah jodoh tak kemana kan. Ehee

Ok tu sahaja entry pengenalan dari Kakmuja. Mohon jamu gambar kami sekeluarga. Tq sudi baca! 😍


Gambar Kakmuja.. Hehee


Gambar keluarga kecil Kakmuja. Husband dan anak2.




Share this article:

6 comments: